SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SKPP BOLEH JUGA LAYARI LAMAN RASMI FACEBOOK SKPP

GURU BESAR




SYUKUR ALHAMDULLILLAH KERANA KITA SEMUA WARGA SK.PARIT PECHAH,MUAR DIBERIKAN TAUFIK SERTA HIDAYAH OLEH ALLAH UNTUK KITA MENERUSKAN KHIDMAT BAKTI BUAT ANAK DIDIK SEKOLAH INI. MELALUI DIDIKAN SERTA PENGAJARAN GURU-GURU YANG PENUH HIKMAH INSYAALLAH DAPAT MELAHIRKAN MODAL INSAN KAMIL YANG DIHARAPKAN YANG BERUPAYA MEMBELA DIRINYA SENDIRI, KELUARGA, NEGARA DAN AGAMA.

TUNTUTAN PEMBELAJARAN MASA KINI YANG LEBIH TERBUKA,LUAS TANPA SEMPADAN KEMAHIRAN PENGUNAAN ICT DALAM MENEROKA ILMU PENGETAHUAN ADALAH BEGITU DOMINAN SEKALI. SEBAGAI PENTAS KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU DAN ORGANISASI YANG PALING PANTAS DAN BERKESAN LAMAN-LAMAN BLOG DAN YANG SEUMPAMA DENGAN NYA TELAH MENJADI KEUTAMAAN MALAH HAMPIR MUSTAHIL UNTUK DINAFIKAN KEPERLUAN DAN KEPENTINGANNYA.


MAKA DIATAS USAHA GURU-GURU SEKOLAH INI YANG BERJAYA MEMBINA DAN MEMBANGUNKAN BLOG RASMI SK PARIT PECHAH  SEBAGAI MEDIUM BAGI GURU-GURU,IBUBAPA PENJAGA,MURID-MURID, DAN BERBAGAI PIHAK LAIN BERHUBUNG DAN BERKOMUNIKASI BAGI MENYAMPAI SERTA MENERIMA MAKLUMAT ANTARA SATU SAMA LAIN ADALAH USAHA TERBAIK YANG PERLU DIHARGAI DAN DIMANFAATKAN.

SAYA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI TAHNIAH.

SKPP MENGGAPAI KEGEMILANGAN.



PN BARIAH BINTI MOHAMED
GURU BESAR
SK PARIT PECHAH,MUAR